Dia Irdina, mula dari kelmarin mula sakit perut tak menentu... Minggu lepas hidup aku di penuhi dengan dugaan! test sepanjang masa buat aku agak tertekan. Sebijak dan sepandai aku tak mampu menandingi tajam masa berlalu terlalu pantas! tak mampu akal aku mengejar mereka secepat itu.
Tadi menghabiskan sisa tekanan di dalam panggung wayang "Taken 2". Mulut aku dan Ida tak habis memaki, ya.. kekejaman itu tak mampu menjatuhkan mereka yang rasional. ewah! Ayat aku.
Termenung seketika.. Aku sedang menunggu baju yang telah di keluarkan dari mesin basuh dan sedang berjuang dalam mesin pengering pakaian.. Maknanya aku tak perlu menyidai pakaian di bawah jemuran matahari untuk di gunakan semula! Mudah, ini lah dinamakan teknologi masa kini... :)
Esok, Insyallah, jam 2 petang mula bergerak ke teratak ayahbonda di Johor Bahru sendirian... Mata perlu di rehatkan sebentar lagi.. Rehat yang secukupnya... Perjalanan yang agak jauh bersama Cik Biru tercinta agak membosankan bila perlu sendiri! Lain yang di harap, lain yang jadi.. Tak mengapa, hidup mesti di teruskan seperti biasa kerana aku sebenarnya mmg telah terbiasa sendiri dan kenyataannya memang di dunia ini aku sendiri? faham? tentu tidak... Hanya dia dan Dia dan mereka sahaja yang tahu keberadaan cerita tentang si dia.. Irdina..
Nota Tangan : Bahaya bila dia mula bosan dengan sesuatu yang menyesakkan segala masa dan detik yang dimilikinya lalu dengan pantas dia menekan butang "delete" di memori akalnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment